Location: http://www.fotopages.com
Window-target: _top

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>

<rss version="2.0"
 xmlns:blogChannel="http://backend.userland.com/blogChannelModule"
>

<channel>
<title><![CDATA[Karyaku.... -  - Fotopages.com]]></title>
<link>http://noorfitrah.fotopages.com/</link>
<description><![CDATA[]]></description>
<pubDate>Sun, 08 Nov 2009 09:44:47 GMT</pubDate>
<lastBuildDate>Sun, 08 Nov 2009 09:44:47 GMT</lastBuildDate>

<image>
<title><![CDATA[]]></title>
<url>http://www.fotopages.com/images/rss_logo.gif</url>
<link>http://www.fotopages.com/</link>
<width>40</width>
<height>60</height>
</image>
<item>
<title><![CDATA[Ku mengharapkan ramadhan...]]></title>
<description><![CDATA[

Salam aidilfitri...
Semoga bertemu lagi ramadhan akan datang.
Terima kasih kepada ahli2 yang perihatin.

Jemput bertamu diaidilfitri nanti :-D ]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1688552</guid>
<pubDate>Fri, 26 Sep 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Koleksi terbaik musim dingin]]></title>
<description><![CDATA[Salam...

lama betul tak berusik fotopage ini kerana tiada berkesempatan...

oleh itu kali ini disajikan koleksi musim dingin yang sejuk sehingga menggigit ke tulang...

Dimulakan dengan pemandangan di sekitar kawasan untuk ski (hampir setara dengan banjaran alps) LOL .. kepingin untuk bermain salji memandangkan tahun lepas tiada langsung salji turun di sekitar tokyo










Alhamdulillah akhirnya salji turun juga di tokyo sebulan kemudian.. memang rezeki tahun ini dapat bergelumang dengan salji... Tiga minggu berturut2... sejuknya .... tak terhingga

pemandangan di sekitar sekolah tidak kurang cantiknya






cubaan mengambil gambar di waktu malam... agak sukar.. rupanya..



hari yang berikutnya seawal jam 8.00 pagi dengan semangat yang berkobar-kobar pergi ke park berdekatan.Rupanya ada photographer yang lebih senior telah sampai dan duduk di spot2 yang sangat strategik



suasana disini sesunyi suasana di dewan peperiksaan...mereka kelihatan sangat hebat kerana akulah yang paling muda dikalangan mereka... Hanya bunyi shutter yang boleh didengar... kami aja yang sibuk buat bising...  LOL  LOL 



patutla mereka khusyuk rupanya tengah shoot gambar bunga ume (plum blossom).. kagum sungguh melihat warga2 veteran ini...



antara bunga ume yang gugur di atas salji.... 





akhirnya... panorama putih sesejuk saujana mata memandang



Selamat menjamu mata anda...;-) ]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1453295</guid>
<pubDate>Sun, 24 Feb 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Welcome 2008]]></title>
<description><![CDATA[Tahun baru menjelma sudah... Inilah pertama kali seumur hidupku menyertai acara yang dipanggil `count down`. Tak pernah terlintas seumur hidup ini akan menyertai acara seperti ini. Entah kenapa tahun ini terpanggil untuk melihat sambutan tahun baru di Tokyo kerana tahun baru merupakan hari raya bagi orang-orang jepun. Kalau ikut tradisi mereka, sambutan tahun baru merupakan sambutan bersifat keagamaan kerana pada hari ini. Ramai yang akan datang melawat `shrine` atau tempat pemujaan tuhan mereka. 

Mari kita lihat bagaimana sambutan hari raya mereka. Kami tiba agak awal kerana ini merupakan kali pertama menjejaki Tokyo tower... LOL  LOL  LOL  punyer la lama duduk kat sini baru hari ni tergerak nak melihat wajah tokyo tower. Sambutan tidak diadakan di Tokyo tower tetapi diadakan di shrine bersebelahan dengan Tokyo tower.



Acara dimulakan tak pasti dengan upacara apa. Tapi itu mungkin cara mereka berzikir rasanya. 



Diikuti dengan perarakan ke tempat pembakaran dimana api akan dinyalakan.



Dan akhirnya akan diarak ke tempat dimana loceng gergasi ditempatkan. Disini ketua perarakan tadi akan ber`khutbah` selama beberapa minit sebelum jam 12 malam.



Apabila count down diumumkan, belon-belon ini dilepaskan dan warna tokyo tower akan berubah seketika. 








Nombor giliran yang telah diambil untuk mengucapkan hajat mereka akan dipaparkan untuk mengetuk loceng gergasi ini.


Dan ada sebahagian warga jepun yang lain menunaikan hajat mereka disini.


acara sampingan yang diadakan adalah melibatkan penyediaan makanan tradisi mereka iaitu mochi yang disediakan daripada nasi panas yang ditumbuk sehingga lumat dan menjadi lembut dan liat seperti chewing gum.







kesimpulannya, upacara sambutan lebih tertumpu kepada acara keagamaan dan kebudayaan.  Mungkin ada acara hiburan tapi tidak diketemui dimalam tahun baru itu. Kalau ada pun hanya di TV mungkin?]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1395157</guid>
<pubDate>Wed, 02 Jan 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Kampung-kampungan di Funabara, Nishikawa]]></title>
<description><![CDATA[Selamat tahun baru semua... semoga beroleh yang tebaik di tahun ini... 

Sambungan misi lawatan ke wakayama.....
Bilangan populasi yang semakin mengecil... warga muda semuda 20an memang tidak nampak kewujudannya apatah lagi kanak2... rumah yang besar tetapi hanya seorang sahaja penghuninya... ibarat rumah besar tiangnya satu..... 



pertemuan dimulakan dengan perbincangan bersama penduduk-penduduk kampung di Pusat komuniti penduduk di sini dan kami dibahagikan kepada tiga kumpulan... alangkah gembiranya kerana tiada sensei dikumpulanku... LOL  LOL  LOL 





kumpulan kami akan mengkaji kawasan di sekitar Funabara bersama tiga ahli yang lain. kami sangat risau kerana hanya diberi 5jam untuk mendapatkan maklumat sebanyak yang mungkin. oleh kerana aku kurang fasih berbahasa, masa lebih banyak dihabiskan merayau2 disekitar rumah dan mengambil gambar sebanyak dan secantik yang mungkin :-D  :-D 





sebagai seorang yang sangat perihatin kepada alam sekitar. perkara pertama yang aku soal ialah berkaitan dengan sampah. Walaupun kedudukan kampung yang sangat hulu ini. sistem pengurusan sampah mereka sangat berkesan. sampah organik seperti dedaunan kering biasanya dibakar didalam 'insinerator' yang sangat comel.



sampah-sampah yang lain dibahagikan/diasingkan di tempat buangan sampah yang disediakan. tempat sampah pun sangat bersih... 8-)  8-)  8-).. kagum sungguh!!



aktiviti pertanian di sini sangat berbagai. bermula dari belakang rumah sehingga seluas2 sawah bendang. Apa yang mengkagumkan ialah pengurusan hasil tani mereka yang sangat teratur seperti cendawan, limau, pisang kaki dan daun teh





untuk mengeringkan/memanggang daun teh, cara tradisional ini dipraktikkan



bak kata orang-orang tua.. asalkan rajin berbudi pada tanah.. pasti beroleh hasilnya..Ini ialah gambar kincir air yang digunakan sebagai hiasan bagi tanaman bunga teratai di kawasan ini kerana akarnya yang boleh dijadikan sayuran.



pokok pangkalnya di mana ada kemahuan di situ ada jalan tak kira usia dan bangsa dan di mana kita berada.

]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1394681</guid>
<pubDate>Wed, 02 Jan 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[warna-warni kehidupan]]></title>
<description><![CDATA[Musim luruh di penghujungnya..















Warnai hidup anda!!! :-> ]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1373324</guid>
<pubDate>Wed, 12 Dec 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[koloni]]></title>
<description><![CDATA[Koloni??? ya inilah dia koloni generasi akan datang yang bakal mencorakkan dunia! Wajah-wajah ceria yang sentiasa dirindui. Sekelip mata wajah mereka berubah. Dahulu merangkak kini sudah petah berkata-kata. Pantas sungguh masa yang berlalu. Dari  yang berusia 15 tahun hingga ke yang kembar berumur 8 bulan. Tak cukup jari bila dihitung. kalau dipanggil nama ada juga yang tertukar.... bayangkan zaman dulu-dulu bilangan anak sekeluarga hingga berbelas atau berpuluh mungkin.. tak peningkah si ibu?



Semoga anak-anak sedaraku cemerlang di Dunia dan akhirat... ;-)  ;-)  ;-) 









]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1368018</guid>
<pubDate>Thu, 06 Dec 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Mari melihat daun=koyo]]></title>
<description><![CDATA[musim luruh sudah dipenghujung. oleh itu jangan lepaskan peluang berkoyo!... yo.. apa itu berkoyo? koyo ialah bahasa jepun yang bermaksud aktiviti melihat daun. waktu ini memang berwarna warni pokok diluar sana. apa kata kita cuba jugak terapkan budaya berkoyo di malaysia? mungkinkah ini satu idea yang boleh diterima? $-)  ja..mari kita mulakan aktiviti berkoyo ini walaupun dirumah...



not bad kan?.. cuba tengok ni pulak... apa yang anda nampak?.. ya.. daun semestinya. orang tua-tua kata daun ini boleh di makan sebab pokok ini sebahagian dari spesis pokok asam. hmmm... boleh cuba. mungkin rasanya masam..



ini pulak spesis pokok fern. emak gemar pokok ini sebab kalau buat gubahan bunga hidup dan hantaran memang tahan lama warna hijaunye



ini daun spesis berbelang. sekali pandang teringat pada rakun atau musang pandan..



pokok ini memang banyak kenangan. pokok puding yang selalu digunakan sebagai sampel waktu sekolah dulu. 







ini pulak tanduk rusa versi flora.... bukan fauna....jadi jangan cuba cari matanya atau kakinya!



selamat berKOYO semua! walaupun hanya dihalaman rumah. baik untuk kesihatan mata dan minda. 8-)  8-)  8-) 

]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1362688</guid>
<pubDate>Sat, 01 Dec 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[misi terapi minda II a.k.a. robin hood's archery club]]></title>
<description><![CDATA[Bertemu kembali... misi bersambung dengan siri memanah burung untuk dimakan. Di perkenalkan barisan pemanah profesional dan amatur. Antara barisan professional ialah abangku sendiri. Masa lapangnya pasti dihabiskan dengan aktiviti yang 'adventerous'. Kalau di singkap kenangan silam zaman kanak2 dulu. Memang puas bermain lumpur, camping dalam hutan, menangguk ikan, berumah di atas pokok dll. Kalau tak kena marah dengan emak memang tak sah. Pendek kata kami rindu alam kanak2 dulu.



untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, sesi latihan dijalankan di kebun dragon fruit emak bersama angkatan kanak2 di bawah umur. Kalau anda gemar atau teringin memakan buah dragon fruit yang isinya berwarna merah menyala. silalah datang  :P  :P  :P 



misi ini hanya disertai oleh 2 orang ahli pemanah iaitu abangku dan anak sedaraku yang berusia 9 tahun HILMAN. seorang lagi ahli pemanah iaitu adik iparku tidak dapat menyertai misi ini kerana mengalami kemalangan sewaktu pulang dari sesi pemilihan acara memanah untuk SUKMA.  :-(  :-(  :-(  Memang malang tidak berbau. Semoga dia sentiasa bersabar di atas dugaan ini.



sasaran anak panah kali ini ialah untuk memanah burung untuk dijadikan hidangan makan tengahari. Oleh kerana anak abangku IQBAL ini adalah penggemar burung goreng yang di panah oleh ayahnya, keinginannya diusahakan sehingga memperoleh hasilnya. Iqbal gemar memakan burung goreng itu yang mungkin menyebabkan badannya juga halus seperti anak burung. LOL  LOL  LOL 



Penantian kami berhasil kerana akhirnya seekor burung merbuk menjadi habuan dan disembelih. Sokongan gembira penyorak kedengaran walaupun burung itu sangat kecil saiznya. 



Habuan tadi disiang oleh pemanah amatur HILMAN. Dia yang dilatih oleh abangku amat mahir dengan cara hidup seperti orang asli dan tidak takut pada binatang. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!!!.  LOL  LOL 



Inilah hasil burung itu, tidak sampai sebesar tapak tangan pun!!... :-O  :-O dengan dagingnya yang manis dan tidak berlemak.. Namun kegembiraan dan kepuasan terbayang di wajah iqbal dan sepupu-sepunya yang lain... 








indahnya zaman kanak2!!!...anda pasti setuju kan?
]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1354906</guid>
<pubDate>Sat, 24 Nov 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[misi terapi minda I]]></title>
<description><![CDATA[Salaam a'laikum...

 :-D  :-D  :-D  Terima kasih atas keprihatinan warga FP semua. Memang baru saja reda dari kesibukan. Sambil berseminar di Malaysia, sambil balik ke kampung walaupun hanya diberi masa yang singkat. Alhamdulillah. Dapat juga merakamkan panorama di sekitar kampung halaman yang sudah lama menggamit perasaan.



Itulah keluhan sang kambing yang sangat comel LOL  LOL  LOL . Macam rupa arwah kucing dulu2. susah nak jumpa kambing berhidung merah jambu ni. Nasib baik dia posing 'cun'.

Inilah dia penggembala kambing termuda!!!...



bersama kambing yang paling jinak sekali...



Ini pula nasib si ikan keli. Baru diselamatkan dari kedai ikan. Maklumla memang ramai peminat ikan ini di kampung ni.  :-D  :-D  :-D 



Sementara menunggu membeli ikan keli hidup bersama2 anak sedara. Sempat juga merenung nasib si burung merbuk 



bersama si burung kakak tua yang tak pernah jemu berusaha untuk merungkai gari dikakinya



Ini pula sang usagi (arnab) yang dipelihara oleh anak-anak sedara. Antara binatang kesayangan orang-orang di negara matahari terbit ni. Hinggakan bulan penuh yang dilihat dari Jepun diibaratkan seperti rupa seekor arnab yang sedang menumbuk beras (mochi)



Begitu juga binatang yang gemar bergulung2 ini yang dibela oleh penggemar haiwan di kampung halaman. LOL  LOL  LOL  teringat kartun Remy the chef. 



Rombongan lawatan sambil menangkap gambar bersama kanak-kanak dibawah umur ini akan disambung kelak...


salam manis]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1353963</guid>
<pubDate>Fri, 23 Nov 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Aidil fitri omedeto gozaimashita!]]></title>
<description><![CDATA[Di saat dan waktu menulis ini.. genap jam 6 petang (30 minit) sudah ramadhan meninggalkan bumi matahari terbit ini...semoga bertemu kembali ramadhan yang mulia.. sayup hati terkenang kampung halaman yang jauh dimata... teringat karenah anak2 sedara yang comel-comel belaka... bersama aksi-aksi raya yang mencuit hati.. tak kering gusi dibuatnya...



Kalau ikut tradisi orang JAWA...  :-D  lepas sembahyang raya... duduk berkumpul satu keluarga... baca doa selamat dan tahlil untuk yang tiada... Kemudian disertai dengan aksi air mata... waktu ni memang shahdu la... tengok mak dengan bapak saling bersalaman mohon ampun dan maaf... diiring dengan kata-kata nasihat dan teguran...waktu ni la waktu ayah dan mak nak cium dan peluk anak2... walaupun masing-masing dah bergelar ibu dan bapa...heningnya hari raya selepas itu... terasa lapang hati dan dada.. berkat kemaafan dan tangisan air mata...(time ni la nak tengok abang2 yang bermisai mengalirkan air mata!)... tapi malangnya diri sendiri tidak ada nak merakamkan itu semua... hanya memori yang ada bersama....

aaaa... rindunya suasana itu semua....masih adakah peluang untuk bershawal bersama?... $-)  Semoga dilanjutkan usia semua ahli keluarga...

Salam aidlfitri juga buat SEMUA teman FP/non FP diluar sana.. yang tua dan muda...tak kira usia!!! tanpa anda siapalah saya :-D ]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://noorfitrah.fotopages.com/?entry=1311815</guid>
<pubDate>Fri, 12 Oct 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
</channel>
</rss>