Want your
own Fotopage?








 
Karyaku....

By: Fitora Noa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 26-Sep-2008 03:58 Email | Share | | Bookmark
Ku mengharapkan ramadhan...



Salam aidilfitri...
Semoga bertemu lagi ramadhan akan datang.
Terima kasih kepada ahli2 yang perihatin.

Jemput bertamu diaidilfitri nanti

salam fitto..
lama sggh xdgr citer.. sihat ker..
nih akak nk ucap selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. semoga fitto sekeluarga bergumbira di lebaran ini..
marilah beraya di hiroshima..
Mon 29-Sep-2008 00:59
Posted by:ummy@tariqzaidanirah  - [Link]
huish angsa nak makan kura2


selamat hari raya
maaf zahir batin

Sat 18-Oct-2008 04:48
Posted by:Phalinn  - [Link]
Add comment


Sunday, 24-Feb-2008 18:25 Email | Share | | Bookmark
Koleksi terbaik musim dingin

Salam...

lama betul tak berusik fotopage ini kerana tiada berkesempatan...

oleh itu kali ini disajikan koleksi musim dingin yang sejuk sehingga menggigit ke tulang...

Dimulakan dengan pemandangan di sekitar kawasan untuk ski (hampir setara dengan banjaran alps) .. kepingin untuk bermain salji memandangkan tahun lepas tiada langsung salji turun di sekitar tokyo










Alhamdulillah akhirnya salji turun juga di tokyo sebulan kemudian.. memang rezeki tahun ini dapat bergelumang dengan salji... Tiga minggu berturut2... sejuknya .... tak terhingga

pemandangan di sekitar sekolah tidak kurang cantiknya






cubaan mengambil gambar di waktu malam... agak sukar.. rupanya..



hari yang berikutnya seawal jam 8.00 pagi dengan semangat yang berkobar-kobar pergi ke park berdekatan.Rupanya ada photographer yang lebih senior telah sampai dan duduk di spot2 yang sangat strategik



suasana disini sesunyi suasana di dewan peperiksaan...mereka kelihatan sangat hebat kerana akulah yang paling muda dikalangan mereka... Hanya bunyi shutter yang boleh didengar... kami aja yang sibuk buat bising...



patutla mereka khusyuk rupanya tengah shoot gambar bunga ume (plum blossom).. kagum sungguh melihat warga2 veteran ini...



antara bunga ume yang gugur di atas salji....





akhirnya... panorama putih sesejuk saujana mata memandang



Selamat menjamu mata anda...

Cantik sungguh gambar pemandangan yg di ambil... Sun 13-Jul-2008 23:31
Posted by:Lina linamys@gmail.com  - [Link]
Ini pakai tripod bernyawa ke tak bernyawa?.........cantik semua gambar di sini Mon 28-Jul-2008 01:08
Posted by:awangje  - [Link]
salam kemerdekaan dan salam ramadhan al-mubarak dr kami sekeluarga.. Tue 2-Sep-2008 02:41
Posted by:ummy@tariqzaidanirah  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 2-Jan-2008 14:52 Email | Share | | Bookmark
Welcome 2008

Tahun baru menjelma sudah... Inilah pertama kali seumur hidupku menyertai acara yang dipanggil `count down`. Tak pernah terlintas seumur hidup ini akan menyertai acara seperti ini. Entah kenapa tahun ini terpanggil untuk melihat sambutan tahun baru di Tokyo kerana tahun baru merupakan hari raya bagi orang-orang jepun. Kalau ikut tradisi mereka, sambutan tahun baru merupakan sambutan bersifat keagamaan kerana pada hari ini. Ramai yang akan datang melawat `shrine` atau tempat pemujaan tuhan mereka.

Mari kita lihat bagaimana sambutan hari raya mereka. Kami tiba agak awal kerana ini merupakan kali pertama menjejaki Tokyo tower... punyer la lama duduk kat sini baru hari ni tergerak nak melihat wajah tokyo tower. Sambutan tidak diadakan di Tokyo tower tetapi diadakan di shrine bersebelahan dengan Tokyo tower.



Acara dimulakan tak pasti dengan upacara apa. Tapi itu mungkin cara mereka berzikir rasanya.



Diikuti dengan perarakan ke tempat pembakaran dimana api akan dinyalakan.



Dan akhirnya akan diarak ke tempat dimana loceng gergasi ditempatkan. Disini ketua perarakan tadi akan ber`khutbah` selama beberapa minit sebelum jam 12 malam.



Apabila count down diumumkan, belon-belon ini dilepaskan dan warna tokyo tower akan berubah seketika.








Nombor giliran yang telah diambil untuk mengucapkan hajat mereka akan dipaparkan untuk mengetuk loceng gergasi ini.


Dan ada sebahagian warga jepun yang lain menunaikan hajat mereka disini.


acara sampingan yang diadakan adalah melibatkan penyediaan makanan tradisi mereka iaitu mochi yang disediakan daripada nasi panas yang ditumbuk sehingga lumat dan menjadi lembut dan liat seperti chewing gum.







kesimpulannya, upacara sambutan lebih tertumpu kepada acara keagamaan dan kebudayaan. Mungkin ada acara hiburan tapi tidak diketemui dimalam tahun baru itu. Kalau ada pun hanya di TV mungkin?

nice series ... nice shot.. Tue 22-Jan-2008 16:25
Posted by:korok  - [Link]
Salaam sis, lom update lagi??? Sat 26-Jan-2008 13:58
Posted by:mrsjemain udakyana@yahoo.com  - [Link]
Salaam sis.... lom update lagi?? Sat 26-Jan-2008 13:59
Posted by:mrsjemain udakyana@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Wednesday, 2-Jan-2008 06:55 Email | Share | | Bookmark
Kampung-kampungan di Funabara, Nishikawa

Selamat tahun baru semua... semoga beroleh yang tebaik di tahun ini...

Sambungan misi lawatan ke wakayama.....
Bilangan populasi yang semakin mengecil... warga muda semuda 20an memang tidak nampak kewujudannya apatah lagi kanak2... rumah yang besar tetapi hanya seorang sahaja penghuninya... ibarat rumah besar tiangnya satu.....



pertemuan dimulakan dengan perbincangan bersama penduduk-penduduk kampung di Pusat komuniti penduduk di sini dan kami dibahagikan kepada tiga kumpulan... alangkah gembiranya kerana tiada sensei dikumpulanku...





kumpulan kami akan mengkaji kawasan di sekitar Funabara bersama tiga ahli yang lain. kami sangat risau kerana hanya diberi 5jam untuk mendapatkan maklumat sebanyak yang mungkin. oleh kerana aku kurang fasih berbahasa, masa lebih banyak dihabiskan merayau2 disekitar rumah dan mengambil gambar sebanyak dan secantik yang mungkin





sebagai seorang yang sangat perihatin kepada alam sekitar. perkara pertama yang aku soal ialah berkaitan dengan sampah. Walaupun kedudukan kampung yang sangat hulu ini. sistem pengurusan sampah mereka sangat berkesan. sampah organik seperti dedaunan kering biasanya dibakar didalam 'insinerator' yang sangat comel.



sampah-sampah yang lain dibahagikan/diasingkan di tempat buangan sampah yang disediakan. tempat sampah pun sangat bersih... .. kagum sungguh!!



aktiviti pertanian di sini sangat berbagai. bermula dari belakang rumah sehingga seluas2 sawah bendang. Apa yang mengkagumkan ialah pengurusan hasil tani mereka yang sangat teratur seperti cendawan, limau, pisang kaki dan daun teh





untuk mengeringkan/memanggang daun teh, cara tradisional ini dipraktikkan



bak kata orang-orang tua.. asalkan rajin berbudi pada tanah.. pasti beroleh hasilnya..Ini ialah gambar kincir air yang digunakan sebagai hiasan bagi tanaman bunga teratai di kawasan ini kerana akarnya yang boleh dijadikan sayuran.



pokok pangkalnya di mana ada kemahuan di situ ada jalan tak kira usia dan bangsa dan di mana kita berada.


Noor.....heee abah pun lama tak menjegok FP noor.....banyak yg menarik....
abah memang herang org jepun ni....deme ni teratur sangat...rasanya org malaysia tak mampu ikut kot...dulu masa abah kerja dulu abah dihantar ke Jepun utk bawa teknologi menanam pokok hutan mereka ke malaysia....hehehee..deme punya rajin setiap pokok masa kecilnya dibalut......aduh ...camana nak tiru deme dan setiap pokok deme ada data dan letakan cip......heheeeee...itu dulu punya cite....
Wed 2-Jan-2008 11:24
Posted by:Abah along  - [Link]
>> memang nampak keindahannya... Wed 2-Jan-2008 17:40
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
bagusnya fitto pegi melawat perkampungan org Jepon nih.......barulah nmpk tradisional perkampungan derang kat sini.......
Salam Maal Hijrah buat fitto sekeluarga......
Fri 11-Jan-2008 12:19
Posted by:WanZee  - [Link]
Add comment


Wednesday, 12-Dec-2007 05:14 Email | Share | | Bookmark
warna-warni kehidupan

Musim luruh di penghujungnya..















Warnai hidup anda!!!

permandangan yg cantikkkk
selamat hari raya aidil adha....
Wed 19-Dec-2007 18:51
Posted by:cek de sam  - [Link]
alamak..nih pakai infrared ke??atau memang daun die cam nih??
cantik dan menarik jepun nih..satu hari pasti ku jejaki di sane..hehehe
eid mubarak said..
Fri 21-Dec-2007 00:14
Posted by:::arrembawi::  - [Link]
salam aidiladha utk fitto & hubby..
bila nak jejalan kat hiroshima..
Sat 22-Dec-2007 03:37
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Thursday, 6-Dec-2007 14:26 Email | Share | | Bookmark
koloni

Koloni??? ya inilah dia koloni generasi akan datang yang bakal mencorakkan dunia! Wajah-wajah ceria yang sentiasa dirindui. Sekelip mata wajah mereka berubah. Dahulu merangkak kini sudah petah berkata-kata. Pantas sungguh masa yang berlalu. Dari yang berusia 15 tahun hingga ke yang kembar berumur 8 bulan. Tak cukup jari bila dihitung. kalau dipanggil nama ada juga yang tertukar.... bayangkan zaman dulu-dulu bilangan anak sekeluarga hingga berbelas atau berpuluh mungkin.. tak peningkah si ibu?



Semoga anak-anak sedaraku cemerlang di Dunia dan akhirat...










salam fitrah..lahai..tak sangka jumpa sini. How's everything? Ingat ke kita? Org farmasi. Kak Fariza pun dah gi NZ..moga hepi dan ceria sokmo Mon 10-Dec-2007 06:06
Posted by:AM
dah besar2 yek anak buah fitto.....comel-comel belaka....... Tue 11-Dec-2007 11:25
Posted by:WanZee  - [Link]
>> tangan merekalah yang akan menentukan hala tuju malaysia di masa depan...
>> perlengkapkanlah mereka dengan semua ilmu yang ada semoga mudah segalanya...
Tue 11-Dec-2007 16:00
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 1-Dec-2007 17:00 Email | Share | | Bookmark
Mari melihat daun=koyo

musim luruh sudah dipenghujung. oleh itu jangan lepaskan peluang berkoyo!... yo.. apa itu berkoyo? koyo ialah bahasa jepun yang bermaksud aktiviti melihat daun. waktu ini memang berwarna warni pokok diluar sana. apa kata kita cuba jugak terapkan budaya berkoyo di malaysia? mungkinkah ini satu idea yang boleh diterima? ja..mari kita mulakan aktiviti berkoyo ini walaupun dirumah...



not bad kan?.. cuba tengok ni pulak... apa yang anda nampak?.. ya.. daun semestinya. orang tua-tua kata daun ini boleh di makan sebab pokok ini sebahagian dari spesis pokok asam. hmmm... boleh cuba. mungkin rasanya masam..



ini pulak spesis pokok fern. emak gemar pokok ini sebab kalau buat gubahan bunga hidup dan hantaran memang tahan lama warna hijaunye



ini daun spesis berbelang. sekali pandang teringat pada rakun atau musang pandan..



pokok ini memang banyak kenangan. pokok puding yang selalu digunakan sebagai sampel waktu sekolah dulu.







ini pulak tanduk rusa versi flora.... bukan fauna....jadi jangan cuba cari matanya atau kakinya!



selamat berKOYO semua! walaupun hanya dihalaman rumah. baik untuk kesihatan mata dan minda.


kalau dah kreatif,bunge depan rumah pun boleh wat photoghraphy session Mon 3-Dec-2007 14:18
Posted by:zilzal  - [Link]
larrr...dah ader kat mesia dah ker...selamat berKOYO jugaklah....... Wed 5-Dec-2007 11:36
Posted by:WanZee  - [Link]
Promotion on Wedding and Birthday Cupcakes!

Wedding
~~~Price as low as RM1.00/cupcake (with decorative toppings!!!!!)*
~~~ Cupcakes tree for Bride Main Table @ only RM100 (usual price RM200) with RM50 refundable!*

Birthday
~~~Order minimum 100 cupcakes and the get the 3-tier decorated stand @ RM80 with rm50 refundable.

*Term and Conditions Apply

http://tot-tot.fotopages.com
Fri 22-Feb-2008 04:45
Posted by:VIP Doorgift
View all 6 comments Add comment


Saturday, 24-Nov-2007 04:02 Email | Share | | Bookmark
misi terapi minda II a.k.a. robin hood's archery club

Bertemu kembali... misi bersambung dengan siri memanah burung untuk dimakan. Di perkenalkan barisan pemanah profesional dan amatur. Antara barisan professional ialah abangku sendiri. Masa lapangnya pasti dihabiskan dengan aktiviti yang 'adventerous'. Kalau di singkap kenangan silam zaman kanak2 dulu. Memang puas bermain lumpur, camping dalam hutan, menangguk ikan, berumah di atas pokok dll. Kalau tak kena marah dengan emak memang tak sah. Pendek kata kami rindu alam kanak2 dulu.



untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, sesi latihan dijalankan di kebun dragon fruit emak bersama angkatan kanak2 di bawah umur. Kalau anda gemar atau teringin memakan buah dragon fruit yang isinya berwarna merah menyala. silalah datang



misi ini hanya disertai oleh 2 orang ahli pemanah iaitu abangku dan anak sedaraku yang berusia 9 tahun HILMAN. seorang lagi ahli pemanah iaitu adik iparku tidak dapat menyertai misi ini kerana mengalami kemalangan sewaktu pulang dari sesi pemilihan acara memanah untuk SUKMA. Memang malang tidak berbau. Semoga dia sentiasa bersabar di atas dugaan ini.



sasaran anak panah kali ini ialah untuk memanah burung untuk dijadikan hidangan makan tengahari. Oleh kerana anak abangku IQBAL ini adalah penggemar burung goreng yang di panah oleh ayahnya, keinginannya diusahakan sehingga memperoleh hasilnya. Iqbal gemar memakan burung goreng itu yang mungkin menyebabkan badannya juga halus seperti anak burung.



Penantian kami berhasil kerana akhirnya seekor burung merbuk menjadi habuan dan disembelih. Sokongan gembira penyorak kedengaran walaupun burung itu sangat kecil saiznya.



Habuan tadi disiang oleh pemanah amatur HILMAN. Dia yang dilatih oleh abangku amat mahir dengan cara hidup seperti orang asli dan tidak takut pada binatang. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!!!.



Inilah hasil burung itu, tidak sampai sebesar tapak tangan pun!!... dengan dagingnya yang manis dan tidak berlemak.. Namun kegembiraan dan kepuasan terbayang di wajah iqbal dan sepupu-sepunya yang lain...








indahnya zaman kanak2!!!...anda pasti setuju kan?

bestnyer blk m'sia... jmpa family.. sanak saudara.. terungkai kerinduan walaupun seketika... terhibur baca entry fitto.. kelakar pun ader! mmg pndai bercerita... Mon 26-Nov-2007 10:38
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
kalau lebih rm 100 sikit kira ok lagi sbb saya besa nampak 200 ke atas aje. Thu 29-Nov-2007 10:23
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
wah balik malaysia ke..moga terubat segala rindu dendam! Sun 2-Dec-2007 10:27
Posted by:kak chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 23-Nov-2007 05:10 Email | Share | | Bookmark
misi terapi minda I

Salaam a'laikum...

Terima kasih atas keprihatinan warga FP semua. Memang baru saja reda dari kesibukan. Sambil berseminar di Malaysia, sambil balik ke kampung walaupun hanya diberi masa yang singkat. Alhamdulillah. Dapat juga merakamkan panorama di sekitar kampung halaman yang sudah lama menggamit perasaan.



Itulah keluhan sang kambing yang sangat comel . Macam rupa arwah kucing dulu2. susah nak jumpa kambing berhidung merah jambu ni. Nasib baik dia posing 'cun'.

Inilah dia penggembala kambing termuda!!!...



bersama kambing yang paling jinak sekali...



Ini pula nasib si ikan keli. Baru diselamatkan dari kedai ikan. Maklumla memang ramai peminat ikan ini di kampung ni.



Sementara menunggu membeli ikan keli hidup bersama2 anak sedara. Sempat juga merenung nasib si burung merbuk



bersama si burung kakak tua yang tak pernah jemu berusaha untuk merungkai gari dikakinya



Ini pula sang usagi (arnab) yang dipelihara oleh anak-anak sedara. Antara binatang kesayangan orang-orang di negara matahari terbit ni. Hinggakan bulan penuh yang dilihat dari Jepun diibaratkan seperti rupa seekor arnab yang sedang menumbuk beras (mochi)



Begitu juga binatang yang gemar bergulung2 ini yang dibela oleh penggemar haiwan di kampung halaman. teringat kartun Remy the chef.



Rombongan lawatan sambil menangkap gambar bersama kanak-kanak dibawah umur ini akan disambung kelak...


salam manis

warghhh!! nak balik mesia!!!!
sibuk nampaknye kak fitto, x pe², take your time..hehehehehe..
Sat 24-Nov-2007 01:46
Posted by:syahidd  - [Link]
bestnya balik kampung..huhuhuhu Sat 24-Nov-2007 03:56
Posted by:hanim redhaikhwani@yahoo.com
wah fit, COMELNYA kambing itu... tak pernah jumpa kambing secomel itu... buat pet goat bagus tu... eiiiiiii, geram betul lah... comel tul... hahahaha... pandai nooo hang amik gambar... kena amik kursus dulu ker nak belajar amik gambar lawa dgn DSLR?? Sat 1-Dec-2007 03:45
Posted by:loutfis
View all 4 comments Add comment


Friday, 12-Oct-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Aidil fitri omedeto gozaimashita!

Di saat dan waktu menulis ini.. genap jam 6 petang (30 minit) sudah ramadhan meninggalkan bumi matahari terbit ini...semoga bertemu kembali ramadhan yang mulia.. sayup hati terkenang kampung halaman yang jauh dimata... teringat karenah anak2 sedara yang comel-comel belaka... bersama aksi-aksi raya yang mencuit hati.. tak kering gusi dibuatnya...



Kalau ikut tradisi orang JAWA... lepas sembahyang raya... duduk berkumpul satu keluarga... baca doa selamat dan tahlil untuk yang tiada... Kemudian disertai dengan aksi air mata... waktu ni memang shahdu la... tengok mak dengan bapak saling bersalaman mohon ampun dan maaf... diiring dengan kata-kata nasihat dan teguran...waktu ni la waktu ayah dan mak nak cium dan peluk anak2... walaupun masing-masing dah bergelar ibu dan bapa...heningnya hari raya selepas itu... terasa lapang hati dan dada.. berkat kemaafan dan tangisan air mata...(time ni la nak tengok abang2 yang bermisai mengalirkan air mata!)... tapi malangnya diri sendiri tidak ada nak merakamkan itu semua... hanya memori yang ada bersama....

aaaa... rindunya suasana itu semua....masih adakah peluang untuk bershawal bersama?... Semoga dilanjutkan usia semua ahli keluarga...

Salam aidlfitri juga buat SEMUA teman FP/non FP diluar sana.. yang tua dan muda...tak kira usia!!! tanpa anda siapalah saya

dah lama xupdate nih...? sibuk kat lab ker...? Wed 7-Nov-2007 07:24
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
bila nak hapdet nih.... Tue 13-Nov-2007 20:43
Posted by:WanZee  - [Link]
apdet apdet.... Tue 20-Nov-2007 00:48
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 21 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.